Skip to main content

Jejak Warisan@Bandar Penggaram, Batu Pahat, Johor

Kelab Jepun Lama

Binaan tahun 1925 yang pernah menjadi tumpuan sosial komuniti Jepun di Batu Pahat antara tahun 1920-an dan 1940-an.

Lokasi: Kelab Jepun Lama

Pasar Awam  Batu Pahat

Pasar utama bandar Batu Pahat - tempat jual beli barang dagangan runcit harian penduduk tempatan.

Lokasi: Pasar Awam Batu Pahat

Pasar Pagi Jalan Ibrahim

Pasar jalanan yang menawarkan pelbagai barangan termasuklah bahan mentah, kuih-muih dan haiwan peliharaannya.

Lokasi: Pasar Pagi Jalan Ibrahim

Pasar Melayu dan Rumah Kedai jalan Ibrahim

Tempat jualan barangan tradisional Melayu berlatar belakangkan deretan rumah kedai lama yang telah dipelihara.

Lokasi: Pasar Melayu dan Rumah Kedai jalan Ibrahim

Tinggalan Balai Bomba Lama

Tinggalan struktur bangunan Balai Bomba Batu Pahat yang terawal.

Lokasi: Tinggalan Balai Bomba Lama

Jalan Penggaram

Antara jalan tertua di Batu Pahat. Deretan kedai-kedainya menawarkan pelbagai keperluan seperti kelengkapan sekolah, peralatan menjahit, langsir, cadar dan beberapa buah kedai emas.

Lokasi: Jalan Penggaram

Rumah Kedai Jalan Pasar

Deret rumah kedai yang memaparkan ukiran plaster timbul istimewa bermotifkan binatang pada dinding.

Lokasi: Rumah Kedai Jalan Pasar

Surau India Muslim Selatan

Tumpuan aktiviti keagamaan masyarakat India Muslim tempatan.

Lokasi: Surau India Muslim Selatan

Tokong Tien How

Institusi keagamaan penganut Buddha tempatan. Tokong di mana Patung Mazu yang dibawa dari Wilayah Fujian, China disimpan.

Lokasi: Tokong Tien How

Dewan Perniagaan Cina

Dewan utama peniaga Cina Batu Pahat yang pernah menyaksikan gencatan senjata antara Kiai Salleh Selempang Merah dan pihak Bintang Tiga.

Lokasi: Dewan Perniagaan Cina

Balai Bomba & Penyelamat

Balai Bomba Bandar Penggaram sejak tahun 1936, ibu pejabat dan pusat latihan bagi ahli Bomba tempatan.

Lokasi: Balai Bomba & Penyelamat

Pejabat Pos Batu Pahat

Ibu pejabat perkhidmatan pos daerah Batu Pahat sejak tahun 1930.

Lokasi: Pejabat Pos Batu Pahat

Rumah Gaya Melayu-Anglo

Rumah banglo gaya seni bina Melayu-Anglo yang mencerminkan cita rasa dan gaya hidup penduduk Batu Pahat yang terdahulu.

Lokasi: Rumah Gaya Melayu-Anglo

Kelab Batu Pahat

Kelab sosial utama komuniti Melayu di Batu Pahat.

Tugu Batu Pahat & Dataran Penggaram

Tugu yang dibina pada tahun 1994 sempena sambutan ulangtahun ke-100 bandar Batu Pahat.

Lokasi: Tugu Batu Pahat & Dataran Penggaram

Balai Polis Trafik

Ibu pejabat lama Pejabat Polis Daerah Batu Pahat yang pernah diserang oleh pengikut ajaran sesat pada 16 Oktober 1980.

Lokasi: Balai Polis Trafik

Wisma Sejarah

Bangunan pejabat polis terawal di Batu Pahat sehingga 1937, hari ini digunakan sebagai ibu pejabat Persatuan Sejarah Batu Pahat.

Lokasi: Wisma Sejarah

Majlis Perbandaran Batu Pahat

Pusat pentadbiran utama Bandar Batu Pahat sejak tahun 1912.

Lokasi: Majlis Perbandaran Batu Pahat

Sekolah Tinggi Batu Pahat

Sekolah Inggeris yang pertama di negeri Johor yang telah mendidik segolongan besar penduduk Batu Pahat.

Lokasi: Sekolah Tinggi Batu Pahat

Masjid Dato' Bentara Luar

Masjid utama daerah Batu Pahat selama enam puluh tahun, mulai tahun 1936 sehingga 1996.

Lokasi: Masjid Dato' Bentara Luar

Galeri Dato' Onn

Kuarters kerajaan yang didiami oleh Dato' Onn Jaafar antara tahun 1945-1947 sebagai Pegawai Daerah Batu Pahat.

Lokasi: Galeri Dato' Onn

Tinggalan Rumah Agam Tan Swee Hoe

Rumah agam yang pernah dimiliki oleh Tan Swee Hoe, pengarah Bank Ho Hong, antara personaliti paling berpengaruh di Batu Pahat pada era 1920-an.

Lokasi: Tinggalan Rumah Agam Tan Swee Hoe

Rumah Api Bukit Segenting

Rumah Api yang berfungsi untuk menjaga keselamatan pelayar di Selat Melaka sejak tahun 1976.

Lokasi: Rumah Api Bukit Segenting

Pantai Minyak Beku

Pantai yang mendapat nama dari damar pokok keruing yang digunakan untuk menyalut dinding rumah, kini tumpuan riadah popular untuk menikmati suasana waktu senja.

Lokasi: Pantai Minyak Beku

Perigi Batu Pahat

Perigi purba yang dikatakan tempat di mana bandar Batu Pahat mendapat nama.

Lokasi: Perigi Batu Pahat