
Majlis Pelancaran Galeri Batu Pahat 1894
Institut Harta Tanah Malaysia (MyREI) telah melancarkan pembukaan ‘Galeri Batu Pahat 1894’ yang bertempat di No. 12, Jalan Penggaram, Batu Pahat, Johor yang dibangunkan secara usahasama dengan komuniti tempatan iaitu Hakka House Batu Pahat. Galeri ini diwujudkan melalui kerjasama strategik oleh beberapa pihak iaitu Pejabat Ahli Parlimen Batu Pahat, Pertubuhan ICOMOS Malaysia, Hakka House Batu Pahat, Centre of Sustainable Infrastructure & Environmental Management (CSIEM), FPTP serta Caffeine & Callories By Gastro Scholar, sebuah syarikat terbitan universiti.
Melalui galeri ini, universiti dapat menggerakkan program-program kesedaran bersama komuniti berkaitan sejarah dan evolusi perkembangan bandar Batu Pahat yang memiliki keunikan dari segi sejarah, arkitektur, warisan budaya, dan keindahan alam sekitar. Turut hadir,pada program ini ialah Yang Berhormat Tuan Hj. Onn Abu Bakar, Ahli Parlimen Batu Pahat; En. Shazwan Zainal Abidin, Pegawai Khas kepada ADUN Penggaram; Pengarah MyREI, Prof. Madya Sr Dr. Abdul Jalil Omar; En. Gerald Lee Pin Chin dan Pn. Angie Hoo Pei Pei (pemilik Hakka House Batu Pahat) dan Prof. Eur Ing. Ir. Ts. Dr. Shahiron Shahidan Pengarah, Pusat Hubungan Industri dan Masyarakat (ICRC) UTHM.
Projek ini telah berjaya memperoleh sumbangan sebanyak RM5,000.00 daripada Pejabat Ahli Parlimen Batu Pahat dan sumbangan penyewaan air-cooler daripada Pejabat ADUN Penggaram.










