The Real Estate & Valuation research cluster focuses on advancing research, professional practice, and innovative solutions in Malaysia’s dynamic real estate sector. The cluster addresses key issues including property valuation, housing affordability, property market dynamics, land and property development, investment, asset management, and emerging real estate technologies.
Latest Research
Penentuan Kaedah Penilaian dan Pengukuran Aset Ketara Warisan bagi Kerajaan Persekutuan Malaysia
Di Malaysia, penentuan kaedah penilaian bagi aset warisan menghadapi pelbagai cabaran kompleks yang mempengaruhi ketepatan dan kebolehpercayaan nilaian ke atas aset khas tersebut. Penilaian aset warisan merupakan satu pendekatan untuk memahami kepentingan sesebuah aset warisan, seperti bangunan bersejarah, tapak arkeologi, dan landskap budaya, dengan tujuan mengurus, melindungi, dan mengekalkan warisan tersebut untuk kegunaan masa kini dan masa depan. Kajian ini telah didanai oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) yang menampilkan suatu penelitian komprehensif terhadap kepentingan pemuliharaan aset warisan ketara. Kajian ini telah dilaksanakan bagi memperkukuh amalan penilaian dan pengukuran aset warisan di Malaysia melalui pembangunan pendekatan yang lebih sistematik, selaras dengan keperluan perakaunan sektor awam, pemuliharaan warisan, dan pengurusan aset.