Seminar Amalan Terbaik Pengurusan Strata Negeri Johor 2025
Institut Harta Tanah Malaysia (MyREI) telah melakar sejarah apabila telah berjaya menganjurkan Seminar Amalan Terbaik Pengurusan Strata Negeri Johor 2025 anjuran bersama dengan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) pada 10 September 2025 di Menara MBJB, Johor Bahru. Seminar ini telah dihadiri seramai 327 peserta daripada pelbagai agensi, pengurus harta & komuniti strata. Suasana program ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Datuk Bandar MBJB iaitu Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Haffiz Bin Haji Ahmad selaku perasmi.










